Assalamuaikum…Alhamdulillah…syukur kepada Allah swt..kerana masih bg kita peluang untuk bernafa, baygkan kalu Allah x pedulikan kita…bagaimanakah keadaan kita..?? kita sering melakukan dosa tetapi Allah tetap memberi kita kesenangan hidup di atas muka bumi ini Tidakkah kita dikira kejam….????? Same-samelah kita menghayati dan bermuhasabah..~~
Seorang raja berhajat menghadiahkan sesuatu kepada salah seorang pengawalnya. Lalu dia dipanggil menghadap ke istana. “paculah kudamu sejauh mana yang mampu. Sejauh mana kamu pergi, selebar itulah tanah yang kamu miliki.” Titah raja. Pengawalnya tersenyum girang mendengar tawaran itu. Hatinya mula berbisik, ‘lagi jauh perjalananku, lebih luaslah tanah yang akan kuperoleh’.
Tanpa berfikir panjang, pengawal itupun melompat ke atas kudanya. Dia memecut laju. Laju bagaikan derasnya tiupan angin. Hajatnya mahu sampai sejauh mungkin agar keluasan tanah yang di peroleh lebih banyak. Apabila kudanya penat, dibelasahnya binatang itu agar terus memecut, lapar, dahaga, letih langsung tidak dihiraukan. Dia tak mahu berhenti rehat walaupun sesaat kerana perasaan tamaknya berkata, jika berhenti rugi. Bagaimanapun kerana terlalu penat, kudanya terjelopok jatuh lalu pengsan. Pengawal itu jatuh tersepuk ke bumi. Badannya terlalu lemah dan langsung tidak berdaya untuk bangun. Digagahi juga, kerana keinginan untuk menambah keluasan tanah mengatasi segalanya. Akhirnya di situ juga dia jatuh dan terlantar keseorangan. Tanah yang luas beratus hekta yang menjadi miliknya tidak menbawa erti apa-apa. ‘kenapa aku terlalu tamak?’ tanyanya yang ketika itu tersandar pada pangkal sebatang pohon..’ sekarang ajalku semakin hampir.
‘Apakah aku masih perlukan tanah seluas ini? Padahal aku cuma perlukan sedikit tanah untuk untuk mengambus jenazahku,’ rungut pengawal itu kesal.
Kekesalannya bagaimanapun sudah terlambat!
Apa yang dialami pengawal itu sama dengan kehidupan kita. Kita abaikan masa, kesihatan, pelajaran. Kita juga sering leka dalam meniti arus kehidupan dan sering lupa terhadap tanggungjawab sebagai hamba Allah.
Percayalah…suatu hari nanti, kita akan tersedar dari lena. Ketika itu baru kita tahu bahawa perjalanan kita sudah terlalu jauh tersasar dari landasan. Bekalan yang kita timbun selama ini langsung tidak membantu. Sayangnya, ketika kita tersedar ia telah terlalu lambat. Kita tak mampu memutar jarum jam ke belakang. Kita tak mampu mengutip semula apa yang tercicir.
Ingatlah! Kehidupan ini bukan untuk mengejar kekayaan atau keseronokkan semata-mata atau bermati-matian mendapatkan kuasa, ataupun bertungkus lumus mendapatkan pengiktirafan manusia. Seharusnya kita bekerja untuk untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah ini serta memperkasakan diri untuk berhadapan dengan Allah.
Alangkah baiknya jika kehidupan ini seimbang antara bekerja, belajar, berubudiyyah, bergembira. Barulah kita dapat membahagikan masa antara keluarga, sahabat-sahabat, diri sendiri dan tanggungjawab. Hanya keimanan yang mampu mengenal pasti apa yang utama dalam kehidupan. Reda Allah bukan itulah impian semua manusia, hanya insane terpilih yang mampu merasainya..Alhamdulillah kita dipilih untuk merasai kemanisan tarbiyah..berada dalam bi’ah solehah. Jadi rancanglah apa yang hendak kita buat sepanjang usia yang masih berbaki ini. Marilah kita kembalikan kehidupan kita sepertimana yang Allah inginkan.
Wahai sahabat-sahabatku,
Orang yang mencintai Allah itu tenang. Kebahagiaan hatinya ada pada solat. Sedangkan orang yang lalai dan berpaling tadah, tidak mendapat apa-apa manfaat pun. Bahkan solat terasa berat baginya. Ketika ia mengerjakan solat seolah-olah ia berada di atas bara api hingga ingin cepat menyelesaikannya. Maka ia tidak mendapat ketenteraman dan kebahagiaan hati di dalam solatnya.