‘’KASIH,SAYANG DAN SALING MENCINTAI HANYA KERANA ALLAH ADALAH JALAN YANG PALING MUDAH MERESAP KE DALAM HATI’’….ABBAS AS-SAISI
MAKNA UKHUWAH KERANA ALLAH..
Mencintai seseorang yang akhirnya mengarah pada apa yang di cintai Allah..sehingga seseorang itu tidak mencintai saudaranya atas alasan dirinya sendiri .
Maka cinta kita terhadap Rasulullah,ibu bapa,anak-anak..adalah kerana Allah..kerana Allah yang memerintahkan kita menyayangi mereka..
Ukhuwah di sini adalah ukhuwah imaniyyah bukan ukhuwah nasabiyyah…
UKHUWAH PALING MINIMA
Berbaik sangka
UKHUWAH PALING MAKSIMA
Al-Ithar(mengutamakan saudara lebih dari diri sendiri)
SYARAT-SYARAT UKHUWAH KERANA ALLAH;
1.Ukhuwah benar-benar ikhlas kerana Allah
Apabila hubungan yang terjalin benar-benar kerana Allah,yang menguasai seluruh jiwanya ..juga yang bermain-main dalam fikirannya..adalah,REDA ALLAH dan SYURGA-NYA.
2.Ukhuwah harus di sertai Iman dan Taqwa
Manusia yang hidup berukhuwah fillah adalah manusia yang hidupnya basah dengan limpahan Iman. Dengan keimanan yang benar akan lahir kemuncak ketaqwaan.
3.Ukhuwah harus di dasarkan saling memberi nasihat di jalan Allah
Sesungguhnya kelebihan ukhuwah kerana Allah adalah kerana yang terlibat di dalamnya sentiasa mengingatkan masalah- masalah akhirat.
4.Ukhuwah di bangunkan dengan saling membantu dan menyokong
Kesempatan berukhuwah di gunakan untuk membetulkan mana yang silap,mendidik hati,mendorong semangat dakwah,menyebarkan fikrah Islamiyah.
MOGO MENJADI REALITI
kita menumpahkan kasih sayang kita pada saudara kita kerana Allah.Jika berlaku perselisihan faham,seseorang itu tidak seharusnya kecewa..kecil hati..rasa kurang di hargai..tetapi yang menghiasi seluruh jiwanya adalah Reda Allah dan Syurga Allah. Jika kita benar-benar IKHLAS bersaudara dengannya hanya kerana Allah, kita tidak akan mengharap balasan atau respond yang baik daripada saudara kita itu..tetapi kita amat mengharap Allah memandang kita…Allah menemani jiwa kita. Jiwa seperti ini hanya di miliki oleh manusia-manusia yang hebat hubungan hatinya dengan Allah. Mereka amat sedar dan yakin bahawa cinta dan kasih sayang mereka kepada saudara mereka atas dasar cinta yang suci, iaitu kecintaan sepenuh hati mereka kepada Allah.
semoga Allah meneduhkan kita semua dalam naugan-Nya ketika mana tiada keteduhan lain selain naugan Allah.seperti sabda Rasulullah s.a.w;
‘’sesungguhnya Allah pada hari khiamat akan berfirman,’’manakah orang-orang yang saling mencintai kerana keagongan-Ku? Pada hari ini Aku menaungi mereka di bawah naungan-Ku,dan tidak ada naungan kecuali naungan-Ku.
PERINGATAN
1.Sabda Rasulullah s.a.w;sebaik baik sahabat adalah orang yang apabila engkau memandangnya menjadikan kamu mengingati Allah.
2.‘’tiada sesuatu yang paling berharga yang di miliki seorang muslim selepas nikmat Iman dan Islam melainkan sahabat yang soleh ‘’(Umar Al-Khatab)
3.‘’orang yang hidup di bawah naugan ukhuwah dan cinta kerana Allah merasakan ketenangan dan kebahagiaan yang tidak pernah di rasai oleh orang-orang yang berkumpul kerana urusan duniawi’’(Mustafa Masyhur)
PENUTUP
Ketika penghuni syurga masuk ke dalam syurga ,masing-masing melepaskan kerinduan antara satu sama lain.dan Rasulullah s.a.w bersabda;
‘’maka terbanglah tempat tidur yang satu menuju yang lain hingga semuanya berkumpul,kemudian salah seorangnya berkata kepada sahabatnya, ‘’Engkau tahu bagaimana Allah boleh mengampunkan dosa-dosa kita?’’.sahabat yang lain akan menjawab, ‘’ya,pada satu hari, di saat kita sedang berada di suatu tempat,saat itu kita berdoa kepada Allah dan Allah mengampuni kita.’’